assalamualaikum w.b. t.

ahlan wasahlan to all of my visitors..warm welcome as the beginning..i'm appreciate that you guys can kindly gives me feedback on my page just to improve my page..^__^

Wednesday, December 28, 2011

jom bicara soal agama :)

ini hanya copy je dari facebook.. 
kalau nk bace lagi bagus.. 
mungkin dapat membantu kalau ade non-muslim tanya kita pasal agama islam
ape salahnya sebarkan dakwah, lgpun berdakwah tukan wajib..
eh me pon sbnrnye bknnye pakar sgt pon dalam bab-bab agama ni.. tapi tak salah sekadar menyebarkan.. 




SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM…



Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

(Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.)


2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

(Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.)

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?

(Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.)


4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

(Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.)

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

(Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.)

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’ Kenapa?
‘Kami’ kan lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ?

(Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’.)


7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

(Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?)

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

(Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.)


9) Sami Budha menjawab ” Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar”

(Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?)


10) Sami Budha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”

(Kita jawab lagi “habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”)


11) Sami Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”

(Kita jawab “Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.)


12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

(Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.)
senangje kan jawapan

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah. (soalan common) 

(Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah… Bukan sembah Kaabah!)


14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?

(Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.)
p/s: =)

Sunday, December 25, 2011

menangis..



Bilakah kali terakhir anda menangis? Menangis sentiasa dikaitkan dengan wanita dan sifat lemah seseorang. 



Mari kita sama-sama membaca 5 khasiat menangis dari sudut perubatan:

1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan

Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

2. Meningkatkan kadar degupan jantung

Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua0dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

3. Menghalang penyakit

Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka.

4. Membebaskan racun dari badan

Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”

5. Air mata mengandungi 25% protein
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protien dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

Begitulah ceritanya tentang menangis. Jadi jika anda rasa nak menangis, jangan ditahan-tahan, biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu terapi.



DR cinta

~♥♥..Antara DUA HATI, ada syara’ yang MEMBATASI..jagalah KESUCIAN hati, agar terjaga fitrah insani..

“tapi..aku sungguh MENCINTAI dia! terlalu MENYAYANGI dia!”


 Tanyakan dirimu kembali, siapakah yang PALING BERHAK untuk dicintai? Sesuatu yang walau tidak diungkap, diketahui dan diperhatikan Allah..jika kamu jatuh hati, lebih perlu kamu DEKATI Allah..jika kamu jatuh hati, lebih perlu kamu panjangkan TANGIS dalam tahajud..



Cinta yang kukuh tidak terbina dari asas yang rapuh..CINTA, sebetulnya..apabila kita hendak bersama dengannya hingga ke syurga, selain daripada itu BUKAN CINTA namanya..apa usaha kita? perhatikanlah cinta kita bagaimana? ♥♥~

Wednesday, December 7, 2011

kami supernova..

hye2.. 
wah tajuk kali ni xleh blah..
ntah pape ntah..
xpela bru gempak sket tajuknyer, mcm orangnyer.. ghehee :D
okla scroll la smpai bwh tuh tgok ade ape ye..




tengok ni...
button lif yg ade kt mahallah khadijah ( kolej ) , cfsiium, pj..
sem lepas dudok atas skali tp sem 2 ni dudok level bwh skali..hee:D


 ni gym kt level 8..blom diselenggarakan lagi, kitorang dh rasmikan dlu..hahha 

Ya Allah, bergayanye dye nih..wakakaka
 jalan-jalan kt padang depan mahallah umar al-khattab.. 
ni kes xde keje la ni..
jalan2 mlm2 after iftar 9 muharram..


hujung minggu pegi jalan la..
midvalley la 'syurga' membeli-belah  kitowang yg paling dekat
even xdak duit..:D
window shopping je la


ni time dh nk tibe christmas..cmni la kt midvalley tuh..
ade landskap kt tgh2 court..mmg superb la decoration dye..
kalo dh cantek tu mmg rmai gile yg pose2 kt centre court tu..



p/s: wah byknyer gmbr me ni..t'lebih upload la..sory2, tp gmbr2        nih mmg precious n limited edition taw.. 
    (perasannyer me..wek!wek!)

Sunday, December 4, 2011

hanya awak saje dlm sangkar hati saya

salam alaik,
jauh title dari isi..hahah, (xtaw nk letak title ape deyh)
special sket entry ni..haha, ade lagu jiwng k..
maklumla me ni jiwang sket, lalalala...
me xde keje ni nk tulis lirik lagu "nyanyian rindu buat kekasih.."
erm bila dengaq (bhse kedah) lagu ni teringat kt sumone tu..heheh, gedik jap :P

"tiada yg lain yg ku cinta hanyalah padamu
tiada yg lain yg ku rindu hanyalah dirimu
dikaulah permata yg bersinar di kala ku kesepian
tiada yg lain yg ku mahu hanyalah kasihmu
tiada yang lain yang ku puja hanyalah dirimu
tak mungkin aku berpaling
berpaling mencari yang lain
tak mungkin aku biarkan kau merana

aku cinta kepadamu sepenuh hati
janganlah kau ragu kasih
ragu padaku
sejujur niatku niat bersama selama-lamanya
janganlah kau pergi kasih
pergi dariku

ku nyanyikan lagu rindu
buatmu kekasih
ku baca puisi syahdu
puisi kita
ku ingin kau di sampingku
untuk bersama-sama
melayarkan bahtera cinta yang terbina

oh kekasih...
dengarkanlah
bila aku tersiksa kaulah penawarnya
bila kau terluka akulah penyembuhnya
kita sama-sama sudah jatuh hati
jatuh cinta....

*ulang chorus..lalalala

tiada yg lain yg ku cinta hanyalah padamu
tiada yang lain yang ku rindu hanyalah dirimu
dikaulah permata yg bersinar dikala ku kesepian
tiada yg lain yg ku mahu
hanyalah kasihmu
tiada yg lain yg ku mahu hanyalah dirimu
tak mungkin aku berpaling
berpaling mencari yg lain
tak mungkin aku biarkan kau merana"

*suke part last..cam sweet sgt 
ok..tangan penat, mane xnyer smbil dengar lagu ni smbil menaip lirik..mampush la..wek!wek! kbye..lotsoflove(",)

fan oh fan..

hye..
lame me x hupdate blog..
erm topik kite arini ialah pasal bola ye..
memandangkan bola sepak malaysia tgh gmpk skang ni..
wah cm terel sgt je psl bola an me ni..hahhah,
xde la power sgt tp suke la tgok bola kalau msia lwan
sbbnyer ade MOHD MUSLIM AHMAD..
wahhh...i'm a fan of him taw..tgok byk gmbr dye yg me curik2 kt tenet,, hehe
marah owg yg hupload tuh..








ni bru sket ni..ade lg tuh..hahhaha..
erm terfikir plak..
kesian pulak nt kt suami me..
mesti dye jelesnyer tgok entry me kali ni pnuh ngn gmbr muslim ahmad ni..
eh lupe plak..me blom kawen lagi..hahahhah

#p/s: my husbnd-to-be.. jgn marah ye..kihkihkkih..berangan jap hajat nk jadi istrii solehah taw :)

Saturday, October 29, 2011

tawan-tawan


senangnyer hati bile tgok kwn2 pon senang n hepy..

from left: najla, me, pujah, aidurrah, n syaida
Posted by Picasa

huhu..percubaan pertama me gune software photoshop..ni la yg dh lme me nk bwt tp disebabkn cetek IT maka semuanyer tgendala..get ready guys!!yuhuuu..('',)lotsofluv
Posted by Picasa

Thursday, August 4, 2011

mencari 'kedamaian..'


geng..geng..geng..!!hahahaha, xde keje la kononnyer..siap edit2 gmbr kt picnik..padahal composition gc xsiap ag..padah, padah!
so, bagi menghilangkan tekanan kerja (skemanyer ayat~) kite teropong la sape2 yg maseh hidup lagi kala malam mula beransur siang ni..chak...chak... hehehe~ ade sape2 x yg bleh tunjukkn me cara nk compose byk pic in one pic?? hope ade yg sudi membantu me yg agak buta IT ni..the truth pon mmg x pandai sbnrnyer nk berblogging ni..akaun pon dh lme me bwat cmne kekadang xtaw nk update ape.. then sejak kene add dlm group geng blogger iium ni rse cm spirit la pulok...aduihh.,,xsiap lg la keje me ni asik bernternet je..bytheway, thanks ye member2 group tu..sekian, semoga jari btemu keyboard lagi..(",)lots.of.luv
Posted by Picasa

Wednesday, August 3, 2011

BILA GURU MENTAFSIR CINTA di fesbuk

BILA GURU MENTAFSIR CINTA.. ^_^

GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa (cinta la YG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dpt kan cinta yg halal d dunia dan akhirat)

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah.. kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya

Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu.. bertemu berpisah semua kerna Allah..
Indah ya cinta kalau agama d serta bersama.. cinta ALLAH DAN RASUL ADLH YG UTAMA DAN D'UTAMA..
JGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA..

kesantaian

urm dh lame me x ber'blogging'...coz me buzy sket lately ni.. yela architect-to-be la katakan, so byk le kejenyer..smpai ade yg kata course architecture ni msok Guiness Book of Record..top list course yg paling payah=_='..hurm, redha jela..tp dlm mase yg dikatekan sibok tu pon sempat agi kitowang berfoya2..siap tangkap2 gambar n shoppin'2 lg...hilangkn tension la *kononnyer


bukti nyata :D







Monday, June 6, 2011

kami pelik..??





huhuhu...ni me nk citer sket me nyer 1st experiences bile tnggl kt kl ni..so far me tgok agak interesting jgak ddok kt kl ni..smlam 5 jun dr pkol 11 pegi midvalley then jln2 xtaw nk bli apew coz brg agk mhl2..so decided to take LRT to KLCC..full of excitement for the first time..blurr..doesn't know how to use that kind of transport at all..just asking somebody who came by..mcm org kte mlu bertanye sesat jalan..so kenelah rajen bertanyer supaya x sesat..haha, yg klakarnyer pegi KLCC just nk perform prayer..yela owg sesak yg nk diatas nk kbawah..yg dibwh nk keatas..macam2..bpusu2 owg..lastly balek je la..jadila beli red carnation sekuntum sbg kenangan..hhaha! nseb klas xmule lg..xtaw la camner prasaan nt bile dpt taw kowt2 me ni dpt 1year..owh packnyer schedule!! mintak2 jgn..sbb takowt nt leka n xdpt nk manage mse...hurm dudok dlm bilik just bace novel english 'sophie kinsella' (yela nk improve me nyer BI)..n sumtime dudok on9 n Blogging..so dh xtaw nk tulih apew..bye!!lotsOFlove<3

Tuesday, May 31, 2011

me at uia

today is my second day at centre for foundation iium...
so far me feel....er susah bebenau nk speaking nih..almklum la udah lama enggak bertemu buku..
nyway nk citer sket yg stakat me dudok kt sni..sumenyer bjalan seperti keretapi bergerak mengikut landsannyer..taaruf program un xde la pack sgt mcm yg me sangka mase orentasi kt skola..hurm, me still ade waktu2 senggang nk layan facebook ngan blog me yg sudah lame terbiau ni.. erm me maseh ngan bahase pasau owg melake even roomate sume owg utara.. apepown me msti pertahankn kemelakaan dlm diri me..ade k istilah 'kemelakaan'??
hahaha..pape je la.., me maseh berusahe ntok sesuaikn diri ngan new environment ni.. yela, biase la kalo bru pindah ghumah tuh habis sakit sakan sumer sendi2, tulang-memulang me yg kering ni..haha, owg kurus la ktekn..tp pd pndangan owg laen, bg me kalo boleh rase nk kerat2 jew lelemak yg terkumpul kt celah2 ni..ok2 dh jauh dh ni me menyimpang..td kate nk tido kol 11 tp skrang dh nk pkol 12..masyaAllah..ok 2 aje.. salam sayang ntok sume..LOTSOFLUV